Tahniah KRS Jabatan Pelajaran Sarawak kerana berjaya melaksanakan Perkhemahan TKRS Kebangsaan Kali Ke-4 2012. Kami akan menanti anda di Perkhemahan KRS Kebangsaan di Sabah. Setibanya pasukan Sabah di Kem Santubong, kami adalah pasukan yang terakhir mendaftar.Selesai pendaftaran dan taklimat peserta kadet putera puteri, kami masuk jam 1.30 pagi 18 jun 2012, dikala peserta lain nyenyak tidur.
Kami datang waktu gelap dan pulang juga pada waktu gelap. seawal 4.30 pagi 23 Jun 2012, kami mula bergerak meninggalkan Kem Santubong. Terima kasih kerana menjaga kadet kami dengan baik.
Salam daripada
Mejar KRS Mohd Adie Haim
Ketua Kontenjen TKRS Negeri Sabah.




